07 February 2008

Aneka Puding



Puding Tapai Beras Pulut





-12g agar2 tali

-3 cawan air

-setengah cawan susu cair

-gula,pewarna

-sedikit tapai pulut



-masak2 agar2 hingga larut

-masukkan gula

(jgn terlebih manis kerana bila dimasukkan tapai nanti,bertambah manis pulak)

-bahagikan pd 2 bahagian



(tapai diblend bersama susu cair)



-masukkan tapai yg diblend kedalam satu bahagian

-bahagian yg satu lagi

diwarnakan ikut suka



kalau rajin..boleh dibuat berbagai warna...byk lapis...

pastikan lapisan pertam atelah keras sedikit

baru dituang lapisan kedua



Jeli Kelapa
Resepi yg amat2 mudah
tp amat2 sedap dimakan..

-sebungkus serbuk jeli kelapa
boleh dibeli kat kedai2 menjual
bahan2 membuat kek

atau kat pasaraya
kat bahagian serbuk dadih tu biasanya

-air kelapa
(lagi byk isinya lagi best)

masak air kelapa
campur dgn air
dah mendidih....masukkan serbuk jeli ni

sedikit gula ikut rasa
biasanya jeli ni cuma manis2 buah ja
lembut...tergedik2...bergoyang2 mcm goyang Inul ...





slurppp...slurppp..
sedap bila disejukkan...terutama masa cuaca panas




Puding Triffle

Puding trifle ni sedap dimakan

ketika cuaca panas

sesuai sbg pencuci mulut

atau boleh dijadikan door gift

(utk door gift,isi dalam jar..bkn dalam gelas ya)



BAHAN A

 Swiss roll secukupnya

Air dari jus koktel



CARA-CARA:

 Swiss roll dipotong setebal 1cm.

Masukkan ke dasar mangkuk./gelas/jar

Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk.

Tekan2 sket supaya padat.

 Siram/renjiskan dengan air/jus koktel ke atas kek/swiss roll.

Tujuan supaya lapisan kek agak moist.




BAHAN B (KASTAD)

1 cawan rata tepung kastad

 1/2 cawan gula

 1 tin susu cair

1 tin air (sukat guna tin susu cair)

1 tin buah2 koktel (asingkan buah dan jus)



 CARA-CARA:

Satukan semua bahan, kacau hingga kastad sebati dan gula hancur

.Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.

.Tutup api.

Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek

 (Bahan A)



Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil ditekan2

sedikit supaya buah tidak terapung.Sejukkan sebentar.






BAHAN C

 10g serbuk agar-agar

1.2liter air

 3/4 cawan gula

 1-2 titis pewarna merah



 CARA

Satukan semua bahan,masak atas api hingga agar2 dan gula hancur.

Curahkan ke atas adunan kastad.

Curah perlahan menggunakan senduk/sudu.



Sejukkan sebentar.

Pastu pindahkan ke dalam peti ais hingga puding keras.




puding boleh dihias mengikut bahan2 kegemaran sendiri




Puding Roti Bersos Vanilla


Bahan

 8 keping roti

( potong roti menjadi 4 segiempat setiap keping atau boleh ikut suka)

 500 ml susu segar

4 sb gula

2sb butter

3 biji telur

1 st esen vanilla

1sb tepung jagung

3sb coklat chips atau kismis



 caranya

 Pukul telur,butter,gula, esen vanilla dan tepung jagung

 masukkan ke dalam susu segar tadi.dan kacau sebati..

Susun roti yg dah dipotong tadi.

.ke dalam loyang empatsegi dan taburkan coklat chip dan kismis ..

Buat sehingga habis roti tadi..selapis demi selapis diikuti dengan coklat chips dan kismis..

Biarkan seketika supaya roti2 tadi sebati dengan bancuhan susu tadi...

Kemudian boleh le bakar ke dalam oven dengan api 180 selama 30 minit..





 ni versi makan tanpa sos kastard vanilla



Bahan Sos Kastard

 1 tin susu cair

11/2 sb tepung kastard

2 sb gula

 Penyediaan sos kastard

 Satukan semua bahan ke dalam periuk dan masak diatas yang perlahan.

Pastikan sentiasa dikacau untuk mengelakkan berketul-ketul.


.





                   
Puding Susu Buah2an





bahan2 yg ringkas ja


1 paket serbuk agar2 (11gm)
2 biji telur
1/2 tin susu cair
4 cawan air
gula secukup rasa
2-3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail





Cara2nya:


masak agar2, air dan gula hingga larut.

pukul telur, (saya guna blender)


bersama  tepung kastad dan susu cair


bila agar2 mendidih,


masukkan campuran telur dan fruit cocktail.

(masukkan sekali air dlm tin tu)

masukkan kedalam loyang/acuan dan sejukkan.






Puding Biskut Meri



bahan2 dan cara:

Bahan2:

-20g agar2

-5 cawan air

-gula secukup rasa

-250g butter

-2 biji telur

-2 senduk tepung kastard

-1 tin susu cair

-biskut
(apa2 brand-saya gunakan biskur merri munchys)
biskut coco puff pun sedap jugak
-sedikit pewarna hijau

cara:
masak agar2 bersama air
kemudian masukkan gula
diikuti dgn butter

blender/mixer telur bersama
susu cair dan tepung kastard
masukkan kedalam agar2 tadi
kacau sehingga pekat
bahagikan pd dua adunan
dgn satu diwarnakan hijau

sendukkan 1 bahagian hijau..
ratakan didalam bekas...
letakkan biskut tadi
kemudian sendukkan
adunan kuning pulak...
buat la mcm tu sampai habis...
kalau nak cepat sejuk..
masukkan dalam peti ais...









Rich Chocolate Pudding



tercedera la sikit semasa dikeluarkan

sedap dimakan bila disejukkan
dalam peti ais.


1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
Cara-cara

Campurkan semua bahan kecuali butter
dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam
loyang atau acuan yg disukai.



Agar2 Lumut/ Gula Melaka

Puding dan agar2
desert yang paling senang dibuat
dan boleh disimpan lama dlm peti ais..

Bahan2:
15g agar2 tali
3 cawan air
2 cawan santan
1 biji telur
2 keping gula melaka
2 camb gula pasir
sedikit garam
daun pandan

-masak agar2 hingga hancur
-masukkan gula melaka dan gula pasir(manis ikut suka)
-kemudian tapis
-telur dipukul bersama santan
-masukkan kedalam agar2 tadi
-kacau hingga santan menjadi berketul2
(menandakan ianya telah masak)
-sejukkan











Bubur Jgaung Lemak Berkrim


Bahan:

-5 tongkol jagung

-1 tin jagung manis

-1/2 tin susu cair

-2 helai daun pandan

-1 paket kecil (80g) sagu

-garam dan gula secukup rasa








cara2:

-leraikan jagung dari empulurnya

-rebus bersama daun pandan yg disimpul

 (air sama paras dgn jagung)

-bila air separuh kering,masukkan susu cair

jagung dlm tin dan biji sagu

-masukkan gula dan sedikit garam

-bila biji sagu tu dah kembang (jernih warnanya) bolehlah dipadamkan api


saya cuma buat manis2 buah ja

dan susu cair mengantikan santan

Bubur Pulut Hitam



Bahan :
1 cawan beras pulut hitam ~ direndam (lagi lama lagi elok)
6 cawan air
5 sudu besar gula
sekeping gula melaka
atau sedikit gula merah(masak terlebih dulu)
secubit garam
3/4 cawan santan fresh
2 helai daun pandan
aiskrim secukupnya

Cara:
Masak beras pulut hitam bersama air dan daun pandan hingga beras empuk 
Masukkan gula, gula melaka/ merah dan secubit garam.Masak lagi hingga gula hancur.
Kemudian masukkan santan dan masak seketika lagi.
Padamkan api.

No comments:

Post a Comment



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.