13 June 2011

Apam Tepung Beras




 Bahan2 :
 1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
 1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno





Caranya:
1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan gula,
tepung dan yis.

Blend lagi hingga sebati.

Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat.

Perap lebih dari 3 atau 4 jam


2. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno,
kacau sebati perlahan-lahan
(warnakan mengikut kesukaan) dan biar sebentar.

3. Panaskan pengukus.
Masukan ke dalam acuan-acuan kecil
dan kukus selama 15 hingga 20minit

4. Boleh di makan dengan kelapa parut
yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.





11 comments:

  1. Wah...ni boleh cuba. Saya suka benar makan apam ni. Tapi suka yang gula merah punya.

    ReplyDelete
  2. salam..sy suka buat apam ni, mungkin adunan seakan tapi agak berbeza...yg penting jadi sedap

    ReplyDelete
  3. sedapnya,sy memang suka abam beras ni,dulu2 mak siap buat jual lagi......sy tak pernah buat..dah ada resepi ni bolehlah try.

    ReplyDelete
  4. Bapak panggil kuih ni apam eno..heheh

    ReplyDelete
  5. eno yang tuk kelegaan selepas makan ke tu kak? ish nak cuba buat la;)

    ReplyDelete
  6. apam ni kalau masukkan dalam air mau jugak berbuih2 ni sebab apam ni ada eno.. tul x?(",)

    ReplyDelete
  7. Salam, apam kesukaan anak bujangku.. tengok resepi ni macam senang je... boleh tiru ni..

    ReplyDelete
  8. wahhh nampak lembut je .. sedap nya .. kna try ni ^^

    ReplyDelete
  9. Assalam,

    Like apam very much. sodappp. Arwah ibu dulu memang pakar buat apam tepung beras nih. hu3...rinduuuu

    ReplyDelete
  10. kalo buat sendiri..mmg tak penah. Tp tgk kuih apam ni..tingat kat mak yg suka buat tp anak dia tak reti @ malas nak buat, hmm..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.