12 June 2011

Sambal Terung Pipit


Terung pipit atau juga dikenali sebagai terung rembang,
atau terung manggul
adalah sejenis ulam yang terdapat di hutan Malaysia.
Nama botani terung ini adalah Solanum tarvum.

Sewaktu kecil dulu
arwah emak biasanya menjadikan
terung pipit ni sbg ulam
dicelur dan dimakan bersama budu
saya hanya melihat...
bkn menu kesukaan saya..!!

Sekarang....
pokok ni tumbuh sendiri..
(samada biji benihnya dibawa burung atau angin)
didepan rumah saya
pokoknya besar dan melentur hingga ke tanah
lebat buahnya
walaupun saya tak pernah 'menjagainya'

jiran2 kata,sedap dibuat ulam atau sambal








pertama kali saya mengambil buah terung pipit tu
masak sambal bersama ikan bilis
dan pertama kali memakannya...

Orang tua2 kata
Buah ini mengandungi banyak khasiat.
Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini
dapat meredakan kesakitan akibat
sakit perut yang berterusan.
Selain itu akarnya pula dapat
mengubati retak kulit pada kaki.

10 comments:

  1. ambo suka makan ni..tapi jarang dah jumpa

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Kamsiah

    Sedap.. dulu masa di kampong selalu juga makan terung pipit ni, sama celur cicah sambal belacan atau buat sambal tumis.

    Sekarang dah jarang makan, ada juga tumbuh hampir dengan rumah.

    ReplyDelete
  3. ibu mertua saya, slalu masak sambal terung pipit ni dgn ikan bilis, memang sedap

    ReplyDelete
  4. sedap ke kak..terung pipit ni..nampak menyelerakan..saya x pernah makan ni

    ReplyDelete
  5. teringat masa kecik2 dulu arwah emak buat rantai suruh pakai petua, tak silap untuk sakit beguk....

    ReplyDelete
  6. Tak pernah rasa terung pipit ni...err

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Kam

    Sedap nampak sambal tumis tu.

    Di kawasan rumah pun ada tumbuh liar. Rasa dia pahit2 sikit.

    ReplyDelete
  8. Assalam kak,

    Dulu2 dan skrg nie pun asal balik rumah emak, dia masak terung pipit . Tapi dia buat sambal belacan.

    Saya tak pandai masak , tapi kalau dah masak pandai plak makan ..ekekeke

    ReplyDelete
  9. Salam, che mid tak biasa makan ni.. pernah rasa sekali tapi terasa sgt bijik-bijik terung tu.. kena praktis makan lagi la ni...

    ReplyDelete
  10. hehe..terung kecik comel ni dulu2 masa sy kecik2 amek jadikan peluru senapang kayu aje. Jadikan getah sebagai pelontar buah terung ni, hehe..

    Mmg byk sgt..tak termakan pun masyarakat kejiranan umah sy masa kecik2 dulu, kihkih..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.