30 September 2014

Resepi Roti Jala Dan Kari Ayam

Dibeli dari th lepas lagi
tp tersorok...lupa simpan kat mana
Bila terjumpa...memulakan projek menjala kelmarin
Dengan mengunakan acuan roti jala mcm ni
hasilnya sangat cantik
(boleh dibeli dikedai menjual bahan2 membuat kek
atau kedai barang2 plastik
yg ni berharga RM3.80)

Bahan2 Roti Jala

3 cawan tepung gandum 
3 ½ cawan air 
1 biji telur
 sedikit pewarna kuning 
1 sudu besar marjerin ~ dicairkan 
(atau gantikan dgn minyak masak)
1 sudu kecil rata garam 
sedikit minyak (untuk lengser pada kuali) 

Cara2nya 

 Campurkan semua bahan2 di atas 
(saya blend supaya tak berketul)

  Panaskan kuali.

 Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali.
Masukkan adunan kedalam acuan
kemudian picit kedalam kuali

  Biarkan hingga roti jala masak. 
Tak perlu dibalikkan. 
Terus saja angkat dan masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung

 (tak perlu lengser minyak setiap kali nak kirai roti jala.. 
lengserkan sekali sekala saja kerana dah ada marjerin dlm adunan... )


Saya masak kari ayam ala mamak

* 1 ekor ayam - dipotong ikut suka

 * bahan A:
 10 biji bawang putih dan 3 inci halia - diblender. * 

bahan B: 
1 biji bwang bsar, dihiris2.
 4 tangkai daun kari,
 1 batang kayu manis,
 3 kuntum bunga lawang 

 bahan C:

 2 biji tomato, 
2 btg serai diketuk
 2 helai daun pandan 

 * bahan D:

 8 sb serbuk kari ayam baba's (atau sebarang jenama)
 1/2 sk serbuk kunyit 
sedikit serbuk cili kering (yg tak suka pedas,tak payah masukkan) 
dan gaulkan sebati dgn air. air jgn banyk sangat 
* beberapa biji ubi kentang 
* 3 cwn santan atau susu cair 

  bahan E: 

 serbuk lada hitam,
 serbuk lada sulah, 
serbuk ketumbar, 
serbuk jintan manis. 
kuantiti, ikut yg anda suka) 
* garam secukup rasa 

 CARA2: 
1) tumis bahan A sehingga naik bau kemudian masukkan bahan B dan bahan C 
Tumis hingga daun kari agak garing. 

 2- masukkan ayam dan ubi kentang. 
Tutup periuk. masa menumis ayam ni mesti anda akan
 mula terbau aroma wangian masakan ni. bau harum daun pandan dan serai 

 3- masukkan sedikit air, dan tutup periuk semula biarkan lebih kurang 5 minit 
atau sehingga air aroma ayam tu keluar.

 4- bila air kuah dah mendidih,
baru la masukkan bahan D dan bahan E 

masak sehingga ramuan rempah ni masak dan sebati.
masak dgn api pelahan. 

 5-bila kuah kari dan ayam dah masak dan empuk, barulah masukkan santan/susu cair dan garam.

29 September 2014

Ulangtahun Perkahwinan ke 23

 29 Sept 1991
Saat terhalalnya saya untuk awak...

Lelaki dijadikan untuk perempuan,
 dan perempuan dijadikan untuk lelaki,
agar hidup dlm kecintaan dan keharmonian,
 saling melengkapi antara satu sama lain.

 Untuk kamu .......
yang telah aku pilih menjadi sayap kananku,
 aku bukan perempuan semulia Siti Khadijah.
aku bukan perempuan setabah Fatimah.
 aku bukan perempuan secekal Siti Aisyah.

 aku hanyalah perempuan akhir zaman. 

yang sering terkhilaf dalam tindak tanduk dan bahasaku.
 aku hanyalah perempuan akhir zaman, 
yang kadang kala mudah terasa jiwanya 
aku hanyalah perempuan akhir zaman,
 yang cuba dan berusaha melengkapkan diriku 
untuk menjadi pelengkap rusuk kirimu.

Untuk kamu....

 yang telah aku pilih  menjadi sayap kananku, 
kekhilafanku dalam tindak tanduk dan bahasaku,
 perlu dinasihati dan diperingati 
kerana aku perempuan akhir zaman yang mudah terlupa.
nasihati dan peringatilah aku
 selayaknya manusia dan selayaknya sebagai perempuan.





23 tahun kemudian..
Hari ini...29 Sept 2014


28 September 2014

Kenakalan Zaman Kanak-Kanak

Rumah ayah saya kat kampung
walaupun tak ada kebun durian
tapi berbagai jenis buah2an disekeliling rumah

Disebabkan tanah yg luas
maka rumah jiran2 agak jauh

Salah sorg jiran terdekat adalah datuk saudara saya
kalau panggil memang tak dengar
kalau ada apa2,terpaksa pergi kerumahnya

Pokok durian yg paling sedap
isinya tebal kekuningan..lemak berkrim
terletak dibelakang dapur datuk saudara saya tu

orang kampung...sempadan tanah mana ada pagar2 semua tu....

Durian yg sedap tu
jarang dapat kat keluarga saya
sbb dirembat oleh datuk saudara saya tu

Durian jatuh ja...dia amik..

Idea jahat utk mengenakan dia mula timbul

Nak buat idea jahat ni
ketika mak ayah tiada dirumah(nnt kena marah)

Ambil sebiji atau dua biji kelapa
seeloknya yg berkulit hijau sbb ianya berat
(biasanya 2,3 org akan join)

Pergi dekat bawah pokok durian
Dan..lambung/ baling buah kelapa tu sekuat tenaga yg ada..

Cepat2 menyorok..
belakang pokok ke...dalam semak ke..

Beberapa minit kemudian..

Terbongkok2 datuk saudara saya tu keluar
tercari2 durian..mata melilau2..

Haha..gelak ... tp kena tutup mulut..

Bukan sekali.....bkn 2 kali
tp sampai musim durian habis...

sapa tak tergoda tgk durian mcm ni..:)

25 September 2014

Kek Pelangi Dan Kek Lumut

Anak dara saya yg kat MSU tu masih bercuti
Dia tukar course dari Food Tech ke Kulinari
Walaupun result sem pertama 6.35 pointer
Entahlah...jiwanya lebih minat pada dunia masakan
So bulan 11 ni baru masuk semula

Bila dia berada dirumah
macam2 projek dibuatnya

Ya...dia memang suka memasak
dan mencuba segala resepi


Kek pelangi ni dibuat kelmarin
(saya mmg surrender awal2
jika nak buat kek yg renyah mcm ni)


Kek lumut
dipotong ketika belum sejuk sepenuhnya
hancus sikit bahagian atas tu

tp rasanya mmg superb
maybe dalam adunan tu ada nestum,horlicks,seri kaya..

Kebanyakan kek yg terpampang kat blog saya ni
adalah hasil air tangannya
Si emak mmg tak berapa rajin nak buat red velvet,
cheese meleleh segala bagai...

Ahad ni...dah plan nak buat kek carrot kegemaran si ayah..



24 September 2014

Bila Line Wi Fi Diceroboh...

Saya letih...
Saya geram...
Masalah sama yg berterusan...

Kadang2 cuma saya sorg dirumah mengunakan internet
tp lampu kat moden lip lap lip lap
berkelip2 dgn meriahnya
dan internet slow mcm siput..

Tp bila hijau bertukar merah mcm ni
memang saya hot

dulu2 saya akan call TM Careline
dan dia org hantar juruteknik

kelmarin bila saya call TM
saya diguide dari sana
utk setting segala bagai

Dan...oohhh baru saya tau
kenapa terlalu kerap masalah ni

Bila ada penyanggak wifi cuba menceroboh
cuba2 password
utk security...line akan diblock

kelmarin saya dah tukar password dan username wifi
bila nak berinternet pagi tadi..
aiikk..merah lagi..
kena tukar lagi username & password

agaknya saya nak kena letak password macam ni kut
@@WE#$w@zasw#$%IO0O0-9PO

 
Ada mangga tp hackers lbh pintar

eerr...ada jugak yg letak nama wifi mereka-KG WIFI PUNTI..

23 September 2014

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

Anak ke 3...
Tingkatan 3...
PT3...
(1st batch tahun ni)
Cikgu kalut..murid2 kelam kabut..


"Mak simpan hp adik ni..."
kata anak saya ,Eleena
(tetap adik walaupun ada adik)

"kalau ada hp...asyik dok bunyi ja...
sms la..wechat la...bla bla bla"

(Nak tumpu pada PT3)

Selepas beberapa hari dalam simpanan saya

"mak..seronok la takde hp...
aman ja hidup adik.."  pulak dahhh

jangan si emak terlupa simpan kat mana dah la ya...
dihadiahkan padanya tahun lps
adik nak yg lbh besar,canggih..
tunggu masuk U dulu la ya..

22 September 2014

Tarik Upih

Tarik Upih 

Upih pinang adalah pelepah/"pangkal" daun pokok Pinang. 
Lazimnya apabila pelepah ini tua, ia akan luruh atau jatuh ke tanah

Siapa yg pernah main
permainan tradisi ni
zaman kanak2 dulu...??

Upih ini mesti dimain dengan dua orang atau lebih. 
Seorang mesti menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk di atas upih.
Upih ni boleh dinaiki oleh seorang, dua orang, tiga orang atau berapa saja 
asalkan muat dan bergantung kepada saiz upih yang luruh itu.
 Biasanya muat setakat seorang dua sahaja.

Memang termengah2 jika terpaksa 
tarik penumpang yg saiz XXL..

(Tasha sewaktu berusia 6 th)


Walaupun permainan dulu2 tak perlu mengeluarkan RM
namun ianya tetap menyeronokkan
permainan galah panjang,
congkak biji getah ,
mandi sungai..panjat pokok..
semuanya meninggalkan kennagan manis..

21 September 2014

Anak Menantu Dan Mertua

Hubungan istimewa menantu dan mertua adalah
sama seperti hubungan istimewa ibu bapa sendiri
yakni tidak batal wuduk bila bersentuhan dan tidak boleh dikahwini.
Ini bermakna, martabat mentua adalah sama seperti ibu bapa.

 Tanggungjawab Menantu Lelaki dan Perempuan Mengikut Keutamaan 

 Menantu Lelaki 

 Allah Subhannahu Wata'ala
 Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasalam
 Ibu/Ibu Mertua
 Bapa/Bapa Mertua
 Isteri
 Anak-anak
 Lain-lain Menantu

Menantu Perempuan 

 Allah Subhannahu Wata'ala
 Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasalam
 Suami
 Anak-anak
 Ibu/Ibu mertua
 Bapa/bapa mertua
 Lain-lain

 Ibu bapa mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati ibu bapa kita sendiri.

1. mentaati mentua pada segala yang diperintahnya kepada anak, kecuali perkara maksiat

 2. berbicara kepada keduanya dengan adab dan lemah lembut

 3. memberikan bantuan kewangan (bulanan) sebagai tanda mengambil berat

 4. bangun menghormati keduanya apabila mereka datang

 5. mencium tangan kedua dan memeluknya, setiap pagi dan petang dan pada setiap upacara

 6. memelihara nama, kehormatan, serta harta benda mereka

 7. memuliakan mereka, dan memberikan mereka yang diminta

 8. bermesyuarat dengan mereka dalam urusan berkaitan

 9. memperbanyakkan doa dan permohonan ampun bagi mereka

 10. cuba membuat sesuatu untuk menggembirakan

 mereka tanpa perlu diingatkan atau ditunjukkan kepada si anak

 11. tidak meninggikan suara di hadapan mereka

 12. tidak cuba memotong percakapan mereka ketika mereka sedang mengatakan sesuatu

 13. sentiasa meminta izin mereka jika mahu keluar rumah

 14. tidak memeranjatkan mereka, ketika sedang tidur

 15. tidak melebihkan isteri dan anak dari kedua mereka


 16. tidak mencela mereka, jika mereka melakukan sesuatu yang tidak memuaskan

 17. tidak ketawa dalam majlis mereka, jika tidak ada sebab yang menarik untuk ketawa

 18. tidak memanjangkan tangan kepada makanan,
sebelum mereka terlebih dahulu memulakannya

 19. tidak tidur atau baring,
 padahal mereka masih lagi duduk kecuali jika mereka telah mengizinkan

20. tidak melunjurkan kaki di hadapan mereka

 21. tidak masuk dahulu sebelum mereka atau berjalan di hadapan mereka

 22. menyahut panggilan mereka serta merta, apabila mereka memanggil

 23. memuliakan teman-teman mereka di waktu hayat mereka dan sesudah mereka meninggal

 24. tidak berkawan dengan seorang yang tidak mematuhi kedua ibubapanya

 25. memberi dan bertukar tukar hadiah ketika hari lahir mereka

 26. membawa dan menemani mereka ke masjid jika diperlukan

 27. mendoakan keduanya, khususnya sesudah meninggal,
sebab adalah sangat berguna kepada mereka

 Kesimpulan Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap
 ibu/ibu mertua dan bapa/bapa mertua.
 Kesejahteraan rumahtangga amat bergantung kepada sejauh mana
 tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mertua.


Mak mertua saya yg sporting
bila diajak berselfie

Hormatilah mereka kerana jika diizinkan nanti
kita jugak akan bergelar mertua..

20 September 2014

Khasiat Kacang Botor

Kacang Botor...juga dikenali dgn nama 
kacang botol, 
kacang kelisa,
 kacang sirek, 
(Inggeris: winged bean atau Goa bean)
Nama botaninya Psophocarpus tetragonolobus 

Khasiat Kacang Botol 

 -kacang botol muda mempunyai banyak kalsium,besi dan vitamin A.
 - mempunyai banyak protein.
 -daunnya mempunyai 5-7% protein, 
vitamin A, vitamin C dan garam galian.
 -kandungan asid amino kacang botol adalah sama dengan kacang soya.
 -kacang botol dapat mengubati serangan demam campak. 
- akar kacang botol dapat mengubati penyakit vertigo. 
-air bancuhan daun kacang botol dapat digunakan untuk mencuci mata yang bengkak dan bisul yang bernanah.
 -daun kacang botol ini juga boleh dimakan untuk mengubati ulser kulit.
 -mengandungi 30% kandungan karbohidrat.

Sedap digoreng atau dibuat kerabu
tetapi saya lebih suka makan mentah sbg ulam
krup krap krup krap..ranggup..


19 September 2014

8000 Tan Makanan Dibuang Sehari

 Laporan akhbar 2,3 hari lepas

"Rakyat Malaysia membuang makanan sehingga 8,000 tan atau 800,000 kilogram
 sehari dan jumlah itu mampu menampung 
bekalan makanan untuk 6 juta orang."

Ada org tak cukup makan
ada pulak yg tak habis nak makan

Ada jugak yg anggap bila licin pinggan tu kolot
makan mcm org kebulur

Ada couple2 bila makan
makan sikit ja...sambil gelak2..tergedik2 ..

Hotel2..restoren2...kalau makanan tak habis tu
sedekah2kanlah...


Membazir tu adik beradik setan

hmmm..kalau boleh..kulit udang ni pun nak makan..



18 September 2014

Pada Haiwan Ada Pahala

Apakah yang terjadi kepada haiwan-haiwan pada Hari Akhirat nanti? 
 Adakah akan masuk ke Syurga atau Neraka?
 Atau bagaimana?

 “Semua makhluk akan dikumpulkan di hari Kiamat termasuklah binatang, burung dan yang lain2. 
Keadilan Allah yang amat sempurna di mana kambing yang tidak bertanduk akan menerima pampasan / ganjaran dari kambing yang bertanduk.
 Allah akan mengarahkan mereka :
 ‘Jadilah debu!’. 
Maka berkatalah orang kafir : 
‘Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan) 
(Surah al-Naba’ : 40]. 
Ini telah diriwayatkan di dalam Hadith Nabi (secara Marfu’)
 di dalam hadith tiupan sangka-kala” 

 Ya, mereka menjadi debu. 
 Tidak ke Syurga dan tidak ke Neraka. 

 Kucing ini pada Hari Akhirat nanti akan menjadi debu. 
 Terhenti setakat itu.
 Tidak masuk ke Syurga dan tidak pula ke Neraka.
 Justeru, kehadiran kucing yang comel ini bukanlah 
sepatutnya dilayan sekadar untuk diambil manfaat di dunia sahaja.
 Iaitu hanya untuk menjadi teman bergembira atau bermanja sahaja, 
tetapi sepatutnya dilihat lebih luas dari itu.

 Ia adalah ujian ALLAH buat kita yang mana keputusan ujian 
tersebut hanya kita ketahui pada Hari Akhirat nanti. 

Pada seekor kucing yang kita temui di jalanan atau yang kita pelihara
 ada ujian ALLAH untuk kita.
 Samada kita berbuat baik atau zalim dengannya, semuanya akan dicatit. 

 Dengan menyedari bahawa ia suatu ujian, 
maka lakukanlah kebaikan kepadanya. 

 Antara yang baik boleh kita lakukan ialah
 Menyantuninya. 
Memberinya makan atau minum. 
Menyediakan tempat tinggal.
 Mengubatinya jika ia sakit. 
Menolongnya jika ia terjatuh atau tersekat. 
Menemukan dia dengan rakan-rakan atau ahli keluarganya. 
 Itu semua bisa memberatkan catitan amal pahala kita. 
 Seterusnya dapat mendekatkan kita kepada redha ALLAH Ta`ala dan SyurgaNYA.

 Janganlah pula kucing tersebut menyebabkan kita menambah dosa dengan menyepaknya, 
dengan mengherdiknya, 
dengan menipunya, 
dengan menderanya dan lain-lain yang bisa menyakiti hati dan tubuhnya.

 Haiwan-haiwan ini boleh dijadikan ‘mesin pahala’ kepada kita.
 Iaitu melalui mereka, kita dapat menjana pahala kebaikan dari sisi ALLAH Jalla wa A`la. 
 Jangan sampai ia menjadi ‘mesin dosa’ kepada kita pula.

 Jadi, ia terpulang kepada kita untuk memilihnya: 
 Memilih untuk mendapat pahala melaluinya.
 Atau: Memilih untuk mendapat dosa melaluinya.
 Atau: Memilih untuk tidak berbuat apa-apa.

Alex...yg menumpang teduh dirumah saya
setia menunggu karipap...

17 September 2014

Ungu

Ungu
Ungu adalah warna kewanitaaan, keibuan, 
sikap yang sentiasa kehadapan dan positif disamping kejayaan. 
Selain itu...ungu juga mengungkapkan spiritual atau kerohanian yang mendalam. 
Seorang yang dinamis dan berkarisma,
mempunyai perasaan penuh kasih sayang dan mudah simpati. 
Selain itu, meminati muzik dan boleh dijadikan sahabat yang baik.


Saya sukakan warna ungu












'ungu' yg paling disukai
cheesetart blueberry

16 September 2014

Resepi Karipap Pusing

Doh A: 
 3 cawan tepung gandum 
1/2 cawan margerin 
1 sudu teh garam 
1/2 cawan - 3/4 cawan air sejuk dari peti ais 

 Doh B: 
 1 1/2 cawan tepung gandum
 1/2 cawan margerin

Cara membuatnya:
 1. Masukkan Bahan doh A ke dalam mangkuk kecuali air.
 Gaul ramas macam buat karipap biasa hingga jadi serbuk.
Tambahkan air sedikit-demi sedikit hingga adunan menjadi doh lembut dan licin.
 2. Bahagikan kepada beberapa bahagian

3. Masukkan pula bahan Doh B ke dalam mangkuk berasingan.
Uli hingga jadi doh licin. Bahagikan juga seperti Doh A
pastikan sama jumlahnya dgn bahagian doh A

Canai doh A dan isikan dengan bebola doh B. Bulatkan. 
Buat hingga habis.

Canai satu bebola doh yang telah diisi doh B anggaran 1 1/2 sm tebal.
 Gulung kemas.
Canai sekali lagi. (doh akan jadi panjang)
 Gulung sekali lagi. ke arah bujur agar gulungan jadi pendek.
 Potong guna pisau seeloknya yang bermata gergaji setebal 1 sm.
Canaikan dan terbalikkan.
( supaya corak yang terbentuk seperti diingini)

kelim guna tangan ja

berintikan sardin
walaupun tak cun
mcm yg dijual 
tp rasanya mmg sedap...ranggup dan tak berminyak..

15 September 2014

Usia 40an...

 Dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. 

 Allah swt. berfirman,


حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah

Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, 
dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. 
Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.


Mengapa umur 40 tahun begitu penting...

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, 
Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). 

Jika usianya mencapai 60 tahun,
 Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. 

Bila usianya mencapai 70 tahun, 
para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya.

 Jika usianya mencapai 80 tahun, 
Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. 

Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun,
 Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu,
 Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi.
 (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya.
 Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. 
Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja.

 Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata,
 “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, 
maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. 
Demi Allah, aku melihat diriku sekarang
 ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. 
Lalu burung itu lepas di udara, 
kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. 
Komitmenku sekarang seperti itu juga.
 Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia.
Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia
 Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. 
Di antara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.



Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ,
" Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".

Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..


14 September 2014

Resepi Goreng Cempedak Lebih Ranggup

Bahan2 batter / adunan :
-2 cawan tepung beras
-1 cawan tepung gandum
-5 sudu besar santan pekat 
-1/2 sudu baking powder
-1/2 sudu serbuk kunyit/pewarna kuning(optional)
-Sebiji telur
-sedikit garam
-2 sudu besar majerin yg dicairkan
-air secukupnya

(ada juga yg mencampurkan sedikit aiskrim soda
supaya keranggupan tu tahan lebih lama)

1)Cairkan majerin dan biarkan ianya sejuk
2) Campurkan kesemua bahan kecuali majerin dan air
3)Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit
(lebih mudah mengunakan tangan
ketika mengaulnya)
4)Setelah benar2 sebati dan pekat,masukkan majerin
batter (adunan) biar benar2 pekat
5)Celupkan cempedak dan goreng
dalam minyak yg benar2 panas

Bancuhan ni jugak sesuai
utk goreng pisang,keledek,cendawan atau tempe




errr..ada yg suka makan
biji cempedak tak...
kalau yg empuk dan gebu tu memang sedap...





13 September 2014

Bandung Berlaici & Red Velvet

Santai Sabtu

Air bandung akan lebih ummphhh
jika ditambah dgn laici
(masukkan sekali air laici tu)


Red Velvet lebih sedap
dilapisi cheese kek
dan lebih sedap dinikmati bersama minuman panas


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.