18 October 2014

Resepi Bihun Sup Utara

Alhamdulillah...
sudah boleh berblog dgn aman damai dan tenteram hehe
'line' / kabel  telah diganti TM
tiada lagi masalah putus putus putus putus

Jom intai2 resepi bihun sup utara ni

Rendam bihun bersama sedikit serbuk kunyit/ pewarna kuning
kemudian celur sekejap dan toskan
(siram dgn air sejuk/air paip beberapa minit
supaya bihun tu tak melekat2 dan kenyal)
setakat ni saya belum pernah tengok
bihun ni diwarnakan merah,hijau,hitam atau lain2 warna
samada putih atau kuning ja
(kalau kaler pink pun comel jugak,kan..)

identiti bihun sup utara haruslah ada sambal hitam dan merah

utk sambal merah
-blend bawang putih,bawang merah -tumis hingga keperangann warnanya
masukkan cili kering yg telah diblend
-masukkan garam dan sedikit gula perang
-tumis hingga pekat

Sambal hitam
 blend segengam cili padi bersama kicap dan sedikit sos tiram
kemudian masak sekejap / hingga pekat




 Sup

Bahan-bahan:
seekor ayam
 1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 kuntum bunga lawang,
 2 kuntum bunga cengkih,
3 biji buah pelaga ,
1 batang kulit kayu manis
sebungkus sup bunjut

Cara menyediakannya:
Ayam dipotong 4 bahagian
-rebus bersama perencah sup,halia,kulit kayu manis,buah pelaga
-bila ayam telah empuk
keluarkan dan carik2kan isinya
-tulangnya dimasukkan semula kedalam periuk sup tadi


lobak asin dipotong kecil2...
rendam dalam air panas selama setengah jam
dan toskan
sepatutnya ada tauhu yg digoreng dan dipotong dadu
tp dek lupa membelinya...tiadalah tauhu dalam bihun sup ni

47 comments:

  1. sedapnya bihun sup akak
    bila warna dia kuning lagi lah
    nampak meneyelerakan :)

    ReplyDelete
  2. Salam sabtu kak.....
    nampak menyelerakan sup bihun tu..:D

    ReplyDelete
  3. assalam kamsiah...kakak nak juga lh buat bihun org utara ni...ikut resepi kamsiah.

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan kak
    Bihun sup kegemaran Dilla. Dulu masa belajar kat UUM selalu makan bihun kuning ni

    ReplyDelete
  5. Ooooo..saya ingatkan mee nya mmg originally kuning..rupa rupanya di celup dgn serbuk kunyit rupa rupanya..


    ps: saya igt kan kes jiran depan rumah akak yg memaki tu dah settle...huhuhuhu...sabar ya kak

    ReplyDelete
  6. Masa tinggal di KL dulu saya selalu tak puas kalau makan bihun sup versi KL. Ini kerana bihun sup di KL betul-betul sup + sayur, tak ada perencah sambal. Bila balik ke Utara baru makan bihun sup dengan puas, warna kuningnya..sambalnya....

    ReplyDelete
  7. sy suka makan sup utara ni sbb ada lobak asin tu sedap!

    ReplyDelete
  8. yg mahal tang chopsticks tu...mmg real la hehehe

    ReplyDelete
  9. Kalau ditambah taugeh dan kacang tanah goreng mesti bertambah-tambah sedap.

    Tapi rasanya dah tak jadi bihun sup utara kot hehe.

    ReplyDelete
  10. nyum..nyum..nyum..JM memang suka mkn sup utara ni...terutama sambalnya tu terangkat

    ReplyDelete
  11. mmm çok lezzetli görünüyor maşaAllah. :)

    ReplyDelete
  12. ohoooo sedap sedap.. boleh la ni sejuk2 nnnt hihihih.

    ReplyDelete
  13. terliur tengok ni kak kamsiah..saya memang suka bihun sup orang utara, tapi tulah nak membuatnya malas. biasa kat kedai ajinomoto yang banyak..

    saya tukar url blog, jemput singgah ye blognisalpunya.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. tetiba terfikir mcm mana klu mee tu jadi colorful ... ok gak kan ... heh heh

    ReplyDelete
  15. Sedap ditambah dgn bwg goreng, lama x pekena bihun sup

    ReplyDelete
  16. Sedapnya tengok kak Kam.. menyelerakan.. :)

    ReplyDelete
  17. asalamualaikum..syukran..lepas ni akan ada entry yang lagi berbisa..( menarik)..hummm! sambal pedas tu menyengat..terbaik resepi

    ReplyDelete
  18. Puan Kamsiah,

    Bihun sup memang kegemaran saya. Pilihan utama kalau ke gerai makanan mee. Tapi cili hitam berkicap pilihan saya sebagai penambah rasa....

    ReplyDelete
  19. Sesekali memang kena tukar menu, asyik2 nasi berlauk jer...tekak pun jemu. Bihun sup adalah yg paling mudah dan sedap! :)

    ReplyDelete
  20. Waaa...teringat bihun sup kt UUM dulu...sy suka smbal merah tuuu...mmg sedappp...hihihi

    Terima kasih yee singgah blog sy...(^_^)v

    ReplyDelete
  21. tiba-tiba jadi mengidam tengok gambar kak kamsiah nih.. huhu.. >.<

    ReplyDelete
  22. mmg selalu buat sbb antara feveret adik ni, neway tq share resepi ye

    ReplyDelete
  23. oh sebijik dah mcm yg orang jual kat gerai2 kak..best..cam nak buat jugaklah nanti..*-*

    ReplyDelete
  24. sedap ni.. dok utara ni lama tak jumpa sup gini.. oohmai.. bihun kaler pink ? hihi..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.