31 August 2009

Al Fatihah...















Lubang maut...































(inilah rumah yg sedang dibaiki arwah
utk sambut raya)




Semalam...ketika sedang mengemas rumah
hubby saya call
dia tak pernah call time keje
kecuali ada emergency
(kalau call biasa,
pada masa rehat(lunch time atau time nak blk)

Benarlah seperti diduga...
"Abg Shaari dah tak ada.."katanya
(Abg Shaari adalah abgnya(abg ipar saya)

Alfatihah...dariNya kita datang...
KepadaNya kita kembali..
tak terlewat atau tercepat sesaat pun
kalau dah tiba masanya...

dan berita kematian abg ipar
saya terpampang dalam Metro hari ni




Maut jatuh bumbung rumah
Oleh Azahar Hashim



KULIM: Hasrat seorang peniaga untuk menyambut Aidilfitri tahun ini di rumah pusaka mentuanya di Kampung Terap di sini, tidak kesampaian apabila meninggal dunia selepas terjatuh dari bumbung kediaman itu, pagi semalam.

Sebelum kejadian, Shaari Abdullah, 47, bersama isteri, Basitah Sulaiman, 41, pulang ke kampung untuk membaiki bumbung rumah setingkat itu yang bocor akibat sudah lama tidak didiami.

Ketika kejadian, dia sedang membetulkan bahagian bumbung, manakala isterinya keluar ke kedai berhampiran untuk membeli barangan keperluan.

Isteri mangsa hanya menyedari suaminya terjatuh sebaik pulang dari kedai, kira-kira jam 10 pagi.
Mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata pasangan itu yang tinggal di Kampung Padang Menora, Seberang Perai, tiba di rumah peninggalan ibu Basitah yang ditinggalkan kosong, kira-kira jam 8.30 pagi.

“Mereka datang untuk membersih dan membaiki bumbung rumah batu setingkat itu yang bocor sebagai persediaan menyambut Aidilfitri bersama sanak-saudara,” katanya.

Ghuzlan berkata, Shaari yang juga penjual keropok lekor memanjat bumbung setinggi kira-kira lima meter itu, manakala isterinya pergi ke kedai berhampiran ketika kejadian.

Mangsa dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam sebuah bilik di rumah berkenaan dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Menurutnya, isteri mangsa menyangka mangsa berehat kerana letih berpuasa apabila melihat dia tiada di atas bumbung.

“Namun, apabila memasuki rumah, isterinya terkejut melihat suaminya tersungkur dalam sebuah bilik dalam keadaan tidak sedarkan diri bersama serpihan bumbung dan kayu,” katanya.

Katanya, isteri mangsa memaklumkan kepada jiran untuk membantunya mengangkat mayat suaminya.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini, siasatan pihaknya mendapati tiada unsur jenayah dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.




"semoga rohnya ditempatkan bersama org2 yg beriman
semoga dipermudahkan segala urusannya disana..."





post signature

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.