15 February 2013

Kellie's Castle

Hari ni..jumaat 15 Feb
bertolak dari rumah jam 9 pagi
perjalanan ke Kellie's Castle,Batu Gajah,Perak
mengambil masa 2 jam lbh
sampai disana jam 11.30 pagi
masih belum ramai pengunjung








tiket masuk RM5 utk dewasa
dan RM3 utk kanak2


Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910
 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith.
 Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar AgraIndia
Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.

William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas.
 Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun,
 Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. 
Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker,
 yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak.
 Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker,
 Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah.
 Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.




Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland Agnes,
 dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903.
 Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen.
 Selama bertahun-tahun selepas itu,
 Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. 

William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki 
sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu.

 Setelah bertahun-tahun selepas itu, 
akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony,
 pada tahun 1915. 
Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith.

 Bagi merayakan kelahiran Anthony,
 William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. 

Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar
 yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), 
sempena rumahnya di Scotland



Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, 
sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan
 dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu.
 Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.


Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah
 Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon
Portugal pada 11 Disember 1926.
 Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' 
telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajahkerana keunikannya.



pemandangan dari atas




Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam
 akhbar London Financer pada 15 September 1911.
 Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh,
 sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.



main 'hide' and 'seek' pun best jugak ni



boleh baca dgn jelas tak...

hehehe takutttt..











ada  yg berani berada disini tak waktu malam??



seram lagi menyeramkan



Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon,
 Portugal pada 11 Disember 1926. 
Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina'
 telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajahkerana keunikannya.


ni pokok beruang
bongol kat pokok ni seolah muka beruang,kan..


Perjalanan diteruskan ke TELUK BATIK..

48 comments:

  1. Selalu tengok bangunan ni dari jauh je x pernah menyinggah..... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau lalu lagi kat situ..singgah la...rasakan 'keseramannya' hehe

      Delete
  2. oooo..kisahnye..tq kak sudi share info ni.

    ReplyDelete
  3. eh2 yang gambar atas tu baru buat ek. sebelum ni p xda plak.. hana masuk kat tempat bawah tanah tempat simpan arak.

    meh baca sini

    http://onitsukahana.blogspot.com/2011/03/lawatan-ilmiah-pengurusan-dan.html

    ReplyDelete
  4. Wah, sampai 14 bilik..besarnya..tapi kan, memang nampak seram la yg lorong misteri tu, huuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takuttt...mmg tak akan naik keatas tu kalau sorg2..walaupun waktu siang hehe

      Delete
  5. Bangunan unik tapi memang nampak menyeramkan lagi2 dah siap pasang notis.....seram

    ReplyDelete
    Replies
    1. seram lagi menyeramkan...tp kat dalam tu mmg sejuk dan nyaman..maybe sbb semua pintu dan tingkap terbuka

      Delete
  6. wah teringin sangat ke sini..dan tak tahu pula tempat ni terjaga.. ingatkan bangunan tinggal mcm tu je..

    ReplyDelete
  7. cantik jugak tempat ni..saya tak pernah sampai lagi....

    ReplyDelete
  8. Istana lama ni sering jadi tempat orang shooting filem or drama seram kan?

    anak saya dah pernah sampai, tapi saya belum pernah pegi lagi.

    ReplyDelete
  9. Salam Kam,

    Terima kasih sudi berkongsi cerita dan gambar. Cantik2 gambarnya.

    Pernah baca kisah Kellas house ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ke perak..jgn lupa singgah..warisan bersejarah yg dipelihara..

      Delete
  10. Assalammualaikum
    saya pon pergi sabtu lepas

    laaa tak perasan pokok beruang tu

    ReplyDelete
  11. wah bestnya... cam rasa teringin nak pergi jer? ^_^

    ReplyDelete
  12. I pernah ke sana lama dulu masa sekolah, under construction that time. Now dah siap semua eh? Infos kat situ mmg dorang tampal ngan tape macam tu jer, banyak spelling error jugak, I think that place for tourist kan.
    Maaf kak, bukan saya kritik tapi sepatutnya dorang ambik berat hal macam ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg pun masih belum siap sepenuhnya...cafeteria,surau,toilet..info kaunter..masih belum dibuka

      Delete
  13. Menarik jgk kisah kellies castle ni. tapi bangunan tu agak menyeramkan la kak. Mujur la ada org jaga, kalau tak....huhu takut

    ReplyDelete
  14. Wah..thanks akak kerana kongsikan cerita psl kellie's castle nie..baru tau gitu upanya..tp mmg unik rekaannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertama kali datang,berbelas th dulu..akak tak naik keatas pun..rupa2nya kat dalam tu sangat menarik binaannya

      Delete
  15. Salam Kam,

    Reka bentuk kastil ni cukup unik sekali! Mak Aji beberapa kali ke sana sebab adik Mak Aji kahwin org Batu Gajah dan mereka mengajar di sana. Mrk dah mohon nak balik ke KB tetapi cukup punya susah nak balik. Rumah mrk kat KB dah siap pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mak aji..cantik dan unik..kukuh binaanya..masih utuh walau dah beratus th usianya

      Delete
  16. Ummi pun selalu tengok dari jauh je, belum pernah singgah lagi. Tq Kam, info menarik ni, memang tak tau sangat secara detail sebelum ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali tgk,dari luar..mcm tak menarik..mcm tiada apa kan...

      Delete
  17. sangat berguna info ni, sangat bermanfaat kepada genarasi muda. Boleh jadi sumber rujukan yang mantap dengan bukti2 kukuh..wow! unik teruja nak pi tengok..entahkan bila...

    ReplyDelete
  18. Nasib baik tak tertangkap foto-foto misteri ketika Kamsiah mengambil gambar...jika tidak ceritanya dah boleh masuk Kosmo atau Metro...

    ReplyDelete
  19. Suka tengok reka bentuk bangunannya yang unik lagi menarik. Pernah lalu kat situ, tapi tak singgah pun. Ingatkan tak ada apa-apa. Insyaallah kalau ke sana lagi, boleh lah singgah.

    ReplyDelete
  20. Castle tu dulu adalah tempat hutan banat. bangunannya dipanjat oleh pokok-pokok dan menyeramkan.

    Blogger WN (adik kepada Dr Danial)adalah seorang yang boleh melihat benda halus. Baca coretannya di sini tentang lawatannya ke sana...

    http://warna-nostalgia.blogspot.com/2010_06_01_archive.html

    ReplyDelete
  21. Maaf.. Pautan lebih tepat di sini:

    http://warna-nostalgia.blogspot.com/2010/06/abang-nak-scan-ke.html

    ReplyDelete
  22. bertahun tahun saya plan nak ke sini tapi belum sampai lagi. Detail sunggu penceritaan akak. :)

    ReplyDelete
  23. bestnye tempat nie!!!! xpernah sampai lagi..tapiii part bilik2 lam bangunan tu..serammmm sket..hehehe

    ReplyDelete
  24. Assalammualaikum.

    Tempat ni sebenarnya sangat menarik, saya pernah pergi, tapi saya tengok tak ramai org. Kurg dikomersialkan.

    ReplyDelete
  25. Info yang bagus .. teringin nak pi sana satu hari nanti.

    ReplyDelete
  26. Kellie's Castle tetap unggul dan tersergam indah walaupun dah 100 tahun.

    ReplyDelete
  27. Tak naik ke bumbung yg paling atassss tu, kak?? Tp tangga dia sempit laa.
    Sy naik situ pun kaki menggeletar aje, hehe...dh ler tempatnya tak luas sgt. Cepat2 jer turun bawah...

    ReplyDelete
  28. Cantik . Tapi saya tak pernah pegi tempat ni..

    ReplyDelete
  29. kellie's castle ni pun buka waktu siang, malam ditutup atas keselamatan..

    ReplyDelete
  30. wah! menarik even part seram tu ^^ hehe.. insya-Allah, akan melawat ke sini.. minat ngan bangunan lama macam ni :)

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.