06 December 2016

Parkbara,Satun,Thailand

Bangun pagi..menjenguk ke bawah
keadaan tenang ja
haruslah bergambar sebelum meninggalkan hotel
sewa hotel Firatel ni rm77/night


meneruskan perjalanan ke daerah Satun
kami bercadang nak keluar dari Thailand melalui Perlis

Singgah mengisi perut ditengah perjalanan
owner kedai makan ni sepatah pun tak boleh berbahasa melayu/inggeris
nasib baik datang anaknya yg boleh bercakap melayu/inggeris

dan baru saya tau kat Thailand ni
setiap kedai makan akan menghidangkan kita ais dalam 'bucket'
kemudian diberi air mineral

jalanraya di Thailand sangat cantik keadaannya
disebabkan mereka tak mengorek jalan utk pemasangan kabel letrik/telefon

dimana2 ja..jalannya elok dan cantik ja

dikiri kanan jalan ni pokok mata kucing
yg lebat berbuah
suami memandu dgn berhati2..tak memotong sesuka hati
ini kerana telah dipesan
jgn menimbulkan kemarahan dia org

dia org kalau dah marah..tembak terus..!!


akhirnya..setelah beberapa jam menempuh perjalanan diiringi hujan
kami sampai ke Parkbara,Satun

menyewa 2 bilik

menantu owner resort ni berbangsa pakistan
dialah yg menguuskan segala urusan disini
dek ibu mertuanya tak pandai berbahasa Inggeris
resort yg mengadap laut..
hanya beberapa meter ja..

aisnya free
si Pakistan tu cakap
kalau makanan yg dia masak tak sedap
tak menepati selera kami
kami tak perlu bayar sesen pun
ok,..kami cuba makan dulu..
noodle ni walaupun nampak simple tp sangat sedap
saya dah pesan tak mau terlalu pedas

udang goreng yg sangat sedap ni berharga 50bath/rm5

nasi goreng yg dipesan anak2 jugak sedap


akhirnya semua licin
mungkin kerana perut sedeang lapar
makan pulak ditepi pantai bersama deburan ombak dan angin laut

setelah berehat beberapa ketika
keluar meronda2 melihat tempat orang



jeti utk ke Pulau2
kata agen yg menguruskan org ramai utk kepulau2 tersebut
pulau Langkawi lbh dekat dari Satun ni berbanding dari Perlis/Kedah/Penang



ishh tak kenyang2 bebudak ni

air pasang pagi surut pukul 5..
kata Tasha..mana pergi air laut tadi hehe

 
satu kenyataan yg harus diakui
capaian internet Thailand lbh laju dari Malaysia..


6 comments:

  1. Murahnya hotel semalam RM77 tu Kamsiah..
    Kiranya Kamsiah sekeluarga pergi sendiri tanpa pakej..
    Pandai betul kam..
    Seronok anak2 tu..

    ReplyDelete
  2. waduh...dapat angah bayangkan betapa bestnya makan ditemani deruan ombak laut...

    ReplyDelete
  3. Cakap terus tembak tu yg buat kakak ngeri
    Dah berapa ramai Islam yg mati ditembak sesuka hati aje - sedih kan

    Tapi yg kakak nampak murah.

    Mata kucing tepi jalan bagus kan, kalau berbuah siapa aje boleh petik:)

    ReplyDelete
  4. bestnya kak... tang jln yg cantik n tepi2 jln ada buah mata kucing tu yg paling best....

    btl lah kt sana., slh je tembak trs tak pyh dakwa dakwi ye

    nampak pun dh tau sedap masakan tuh kak, msti mmg dh ramai org kata sdp sbb tu pakistan tu berani kata kalu tak sedap tak pyh bayo hehehhe...

    ReplyDelete
  5. best nye !!!!!! boleh masuk dalam wishlist nih.. hee~

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.