17 December 2012

Kuala Kangsar - Bandar Diraja

Kuala Kangsar Bandar Diraja

Sabtu-15 dec
suami mengajak jalan2,ronda Kuala Kangsar

sebetulnya kami  tak tahu pun
pada hari tersebut
PM melancarkan 1MVRP disana

huhu...mega pun jem
walaupun ketika saya sampai disana
jam 12 lbh
PM dah berangkat pulang

dan plan nak bermalam
di bandar Kuala Kangsar tak kesampaian
dek hotel,rumah rehat full
(org2 besar berkumpul disana)

 bersolat Zohor di Masjid Ubudiah
mercu tanda Kuala Kangsar



Muzium DiRaja Kuala Kangsar
(dahulunya dikenali dengan nama-nama seperti Istana Kenangan,
Istana Lembah atau Istana Tepas)
 telah didirikan pada tahun 1926,
di bandar Kuala Kangsar, Perak,
 oleh seorang tukang kayu Melayu yang bernama Haji Sopian
 dan dibantu oleh dua orang anaknya,
 mereka ini berasal dari Seberang Perai.

Muzium Diraja Kuala Kangsar dibina atas
 perintah D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah ( Marhum Kaddasallah )
sebagai tempat bersemayam sementara,
 disebabkan ketika itu Istana Iskandariah masih lagi di dalam pembinaan
menggantikan Istana Negara.

Baginda D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah
bersemayam di Istana Kenangan ini mulai dari tahun 1931 hingga tahun 1933.

 Setelah baginda berpindah ke Istana Iskandariah,
 ia dijadikan Istana Tetamu terutama di hari-hari Perayaan DiRaja
seperti hari keputeraan, perlantikan orang-orang besar Perak dan lain-lain
 Istiadat DiRaja Perak Darul Ridzuan.

Dari segi bentuk senibinanya,
 Istana Kenangan melambangkan senibina Melayu Tradisional yang mengkagumkan.

Pembinaan bangunan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras,
berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan ( kayu jenis berlian ).

Paku-paku besi tidak digunakan dalam pembinaan bangunan ini.
Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran Melayu yang menarik
yang menggunakan tepas yang dianyam dengan
corak-corak anyaman Melayu Tradisional.

Bangunan ini dibina di atas enam puluh batang tiang,
di mana panjangnya lebih kurang 41 meter dan lebarnya 11 meter.

 Bentuk bangunan ini melambangkan sebilah padang
yang tersimpan di dalam sarungnya.

Bahagian tengah di atas bangunan ini ditempatkan sebuah singgahsana.
 Tingkat bawah bangunan ini pula digunakan sebagai pejabat rasmi Baginda,
 di mana ia mempunyai lantai simen dan disekelilingnya ditutup dengan bidai.

 Nama Istana Kenangan telah diberikan pada tahun 1960-an
 setelah diperbaiki dengan dayausaha Almarhum Tunku Abdul Rahman,
 Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
 Istana Kenangan diduduki oleh keluarga DiRaja Perak sehingga tahun 1982,
 apabila Almarhum Sultan Idris II telah berkenan menyerahkannya
di bawah pengawasan Jabatan Muzium Negara.

Pada tahun 1986, ia dijadikan Muzium DiRaja,
di mana penyelenggaraannya diserahkan kepada Pentadbiran Negeri Perak Darul Ridzuan.
Pada 16 November 1986,
Muzium DiRaja Perak ini telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Sultan Azlan Muhibbudin Shah.
(sumber google)


Tasik Raban

lebih kurang 35 km dari Kuala Kangsar
sayangnya semasa singgah disini
tiada satu pun gambar diambil
tasik yg sungguh2 cantik

Gerik,Perak

Ni idea suami utk bermalam di pekan Gerik
jika dalam perjalanan blk ke Kelantan
walaupun melalui Gerik
tidak pernah pulak
'meneroka' pekan Gerik ni


banyak hotel bajet kat sini
sekadar utk melelapkan mata semalaman
cukuplah jika bilik mempunyai katil,tv,air panas,aircond
RM100 utk 2 bilik
satu bilik mempunyai 2 katil
suasana pagi yg berkabus

Diluar bilik penginapan


Baling,Kedah
Gerik ke Baling lbh kurang 60 km
so mengisi perut di Baling ajalah


Tidak seperti di Gerik
melilau mencari tempat makan
di Baling bersepah dgn kedai2 makan





nasi ayam payung besar..

Sekian percutian insan marhaen seperti saya..:)






30 comments:

  1. kalau saya ada waktu saya pun nak gi jalan jalan cuti2 macam akak. nak gi bercuti tak semestinya tempat glemer. saya lebih suka jalan2 tengok budaya dan makanan orang tempatan. :)

    ReplyDelete
  2. anum kalau pg sane comfirm nak terjah laksa kuala

    ReplyDelete
  3. mak aiii....lagi detail drpd org Kuala Kangsar sendiri yg bercerita. hehe..

    ReplyDelete
  4. tak boleh masuk dah ker muzium tu?

    ReplyDelete
  5. haritu sy pergi kenduri kembar sy .. dekat dengan tasik raban.

    ReplyDelete
  6. suka suasana kabus-kabus tu..tenang saja..

    ReplyDelete
  7. rindunyer mesia biler tgk pic ni
    ehhh kaka nasik ayam payung besar ngan periuk besar tu lain ekkk
    mana lg sedap????

    ReplyDelete
  8. Seronoknya percutian keluarga. Sungguh unik bangunan Muzium dan masjid Ubudiah itu. Memang amat wajar dirakamkan gambarnya, sebagai tanda kita amat menghayati dan menghargai keindahannya.

    ReplyDelete
  9. Nama pun bandar Di Raja mestilah ramai pengunjung yg dtg ditambah pula cuti sekolah dan org-org kenamaan ada majlis. Sesekali menjamu mata tempat begini memang bagus.

    ReplyDelete
  10. wak pon penah sampai kuala kangsar, muzium tu masih tertutup jugak yee.. hampehhh je kann makk??

    ReplyDelete
  11. masjid tu cheqna berhenti solat subuh pada 2 november hari tu...x sempat nak tengok secara menyeluruh...pagi beno sampai =)

    ReplyDelete
  12. adehh.. bile nak jejak kaki d sana ni.. 1 day akan sampai gak!!

    ReplyDelete
  13. murahnya harga hotel..boleh sgt klu nak pegi..bawak budak2 tgok tempat bersejarah nie best

    ReplyDelete
  14. cantiknya senibina masjid dan Muzium Diraja tu..

    ReplyDelete
  15. Saya mmg plan nak ke Kuala Kangsar, nak ambik gambar masjid ubidiah tu...
    Muzium tu masih lagi ditutup ke kak?

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah sy pun penah sekali sampai ke bandar diraja ni.. Menarik tempatnya..

    ReplyDelete
  17. ada lagi tak gerai laksa kat area masjid tu..

    p/s orangkata, tak payah lagi beli barangan zebra di padang besar, di baling pun murah..

    ReplyDelete
  18. saya pernah ambik gmbr kat masjid ubudiah n muzium.
    sekali tu je sy sampai sana.

    ReplyDelete
  19. Kalau ke Kola Kangsa kena cari labu sayong...
    JR kadang2 ke Baling...kakak tinggal di Kupang...

    ReplyDelete
  20. Wow! wow! Wow! daulat tuanku, inilah kehebatan panorama Malaysia antaranya..sangat cantik masjid ubud tu...tak rugi family kamsiah ke sana ya....so informasi bertemakan sejarah so menjadi references entry..tahniah

    ReplyDelete
  21. last sekali ada nasik ayam bestnya kak..saya tak penah sampai sini..saya penah sampai teluk intan je :)

    ReplyDelete
  22. Masa makchaq pi jalan2 lepas form 5 tu, istana lama ni dan masjid adalah salah satu tempat yang kami singgah.. tempat2 ni ada dalam map perak yang kami ambik kat stesen keretapi, tu yang singgah..

    ReplyDelete
  23. betol tu kak..kat baling memang banyak kedai makan..yg paling saya suka gambar kabus tu..dapat rasakan kesejukan cuacanya..

    ReplyDelete
  24. bestnyer jln2. nik baru balik dari perak gak. tapi pi taiping..:)

    ReplyDelete
  25. Mghabiskn waktu dgn family yg plg penting dlm hidup ni kamsiah! Lama x k.kangsar jugk ni!

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.