06 June 2011

Rombongan Cik Kiah (Part 1)

Kenduri dipihak lelaki pada 5/5
so rombongan pihak perempuan bertolak kesan apada 4/6

pada mulanya saya teramat malas utk kesana
walaupun dah bayar tambang bas
sewa sebuah bas RM2400
tp anak2 merenggek2 nak kesana

Malam sebelum bertolak
saya dan 3 org anak perempuan balik
tido di rumah mak mertua
sbb bas akan bertolak seawal 7 pagi

jam 7 pagi
semua dah berkumpul ditempat yg dijanjikan
masing2 bersemangat memulakan perjalanan jauh
ramai yg tak sempat bersarapan

10 minit menunggu
20 minit berlalu
30 minit bas masih belum tiba

bila call...Ya Tuhan...
bas masih berada di Alor Setar
lbh kurang 2 jam lbh perjalanan
utk tiba di tempat kami menunggu

rupanya terdapat misscomunication
pemandu bas diberitahu oleh org tgh
rombongan bertolak jam 10 pagi

sabarrrr...sabarrrr...
makeup dah mencair
berpeluh sampai ke buku lali dah



ipar saya minta kebenaran dari pak guard sekolah ni
utk lepak dan berehat di kantin sekolah


bekalan yg dibawa utk makan diatas bas
habis dimakan kat sini



depa sempat menempek inai...


budak2 dah boring menunggu



anak2 dara pulak tetap control ayu
walau hati dah mendidih



kalau berposing..tak mau kalah

macam2 dialog yg keluar:

"sat lg bas sampai..kita bg sebiji sorg
penumbuk kat drever bas.."

"lain kali jgn amik bas ni lagi"

"kita dah kena kencing kuttt..."

akhirnya bas sampai..tepat jam 10 pagi

pemandu bas keluar...minta maaf atas kelewatannya

alamakkkk...hensemnya..
dgn muka yg suci bersih
ala2 peserta iman muda gitu

terkedu dan hilang marah
anak2 dara yg beriya2 marah tadi
hahaha
masing2 mula berlagak baik





Setelah 10 jam berada dalam bas
akhirnya samapi jugak kami ke bumi Johor

hujan lebat menyambut kedatangan kami ke Tangkak


homestay yg luas dan selesa...


dah boring la tu
sbb takde tv


ni bkn mat bangla
(walaupun sering dianggap mat bangla)
anak sedara hubby( adik pengantin)

kakak sedang menurut si adiknya
lbh tepat...mendera...!!

buah jambu berguguran
takda sapa nak makan

5 comments:

  1. ohhhh, dtg dgn bas ka? Ingatkan naik kete.. Kak, tunjuklah muka driver yg heandsome persis imam muda tu, hikhik..

    ReplyDelete
  2. eh mana gambar pemandu bas nya kak kamsiah.. nak tengok jugak..hikhikhik..

    ReplyDelete
  3. bukan kata anak2 dara yg cair..silap2 mak2 dara pun tercair dekat driver yg hensem tu..hahahaa..bukan apa..nak buat menantu..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah sampai juga hajat nak ke johor..

    semua akhirnya ceria,walaupun pd awalnya sedih tengok bas yg lmbt sampai..

    wlu apapun harap seronok ke johor ..

    ReplyDelete
  5. takde gambar driver tu ke... hikhikhik..
    jauh.. dari utara ke selatan..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.