29 November 2014

Resepi Kerabu Sotong Ala Thai

Bahan2:
10 ekor sotong
bersihkan..buang kulitnya
potong dan celur sekejap kemudian toskan
-cili padi dan cili merah-potong nipis
-seulas bawang besar-potong
-sebiji tomato-potong dadu
-sos ikan
-sebiji limau kasturi
-sebatang serai-potong nipis
-gula perang

Hiasan-daun sup dan daun bawang

Cara2nya:
gaul kesemua bahan
rasakan masam,manis dan masinnya




sebagai menghargai usaha cikgu ETUZA
yang sedang mencari IKON GRAFITY
utk diletakkan daam bloglistnya
jom ramai2 ke blognya


28 November 2014

Tanda -Tanda Keikhlasan..

Dari. Yusuf al-Qaradhawi
 Ikhlas itu mempunyai bukti penguat dan tanda-tanda yang banyak sekali,
 contohnya dalam kehidupan orang yang mukhlis;
 dalam tindak-tanduknya, dalam pandangan terhadap dirinya dan juga orang lain.
 Di antaranya adalah:

Pertama: Takut Kemasyhuran

 Takut kemasyhuran dan menyebarnya kemasyhuran ke atas dirinya, lebih-lebih lagi jika dia termasuk orang yang mempunyai pangkat tertentu.
Dia perlu yakin bahawa penerimaan amal di sisi Allah hanya dgn cara sembunyi-sembunyi,
 tidak secara terang-terangan dan didedahkan.
 Sebab andaikata kemasyhuran seseorang memenuhi seluruh angkasa,
 lalu ada niat tidak baik yang masuk ke dalam dirinya,
 maka sedikit pun manusia tidak memerlukan kemasyhuran itu di sisi Allah.

 Kedua: Menuduh Diri Sendiri

Orang yang mukhlis sentiasa menuduh diri sendiri sbagi orang yang berlebih-lebihan di sisi Allah dan kurang dalam melaksanakan pelbagai kewajipan,
 tidak mampu menguasai hatinya kerana terpedaya oleh suatu amal dan takjub pada dirinya sendiri. Malahan dia sentiasa takut andaikata keburukan-keburukannya tidak diampunkan dan takut kebaikan-kebaikannya tidak diterima.

 Ketiga: Beramal Secara Diam-Diam,

 Jauh Dari Liputan
 Amal yang dilakukan secara diam-diam harus lebih disukai dari
 amal yang disertai liputan dan didedahkan.
Dia lebih suka memilih menjadi perajurit bayangan yang rela berkorban,
 namun tidak diketahui dan tidak dikenali.
 Dia lebih suka memilih menjadi bahagian dari suatu jamaah,
 ibarat akar pohon yang menjadi penyokong dan saluran kehidupannya,
 tetapi tidak terlihat oleh mata, tersembunyi di dalam tanah; atau seperti asas bangunan.
Tanpa asas, dinding tidak akan berdiri, atap tidak akan dpt dijadikan
berteduh dan bangunan tidak dpt ditegakkan.




 Kelima: Tidak Kedekut Pujian Terhadap Orang Yang Mmg Layak Dipuji 

 Tidak kedekut memberikan pujian kepada orang lain yang mmg layak dipuji
 dan menyanjung orang yang mmg layak disanjung. 
Di sana ada dua bencana yang bakal muncul:
 Pertama, memberikan pujian dan sanjungan kepada orang yang tidak berhak.
Kedua, kedekut memberikan pujian kepada orang yang layak

 Keenam: Berbuat Selayaknya Dalam Memimpin

 Orang yang mukhlis kerana Allah akan berbuat selayaknya ketika menjadi pemimpin di barisan terhadapan dan ttp patriotik ketika berada paling blkg,
 selagi dalam dua keadaan ini dia mencari keredhaan Allah. 
Hatinya tidak dikuasai kesenangan untuk tampil, 
menguasai barisan dan menduduki jabatan strategi dalam kepimpinan. 
Tetapi dia lebih mementingkan kemashlahatan bersama kerana takut ada kewajipan dan tuntutan kepimpinan yang dia lewatkan. 

 Ketujuh: Mencari Keredhaan Allah, Bukan Keredhaan Manusia 

 Tidak memperdulikan keredhaan manusia jika di sebalik itu ada kemurkaan Allah ‘Azza wa Jalla. Sebab setiap orang di antara satu sama lain saling berbeza dalam sikap, rasa, pemikiran, kecenderungan, tujuan dan jalan yang ditempuh.
 Berusaha membuat mereka redha adalah suatu yang tidak bertepi, 
tujuan yang sulit diketahui dan tuntutan yang tidak terkabul. 

 Kelapan: Menjadikan Keredhaan Dan Kemarahan Kerana Allah,
 Bukan Kerana Kepentingan Peribadi 

 Kecintaan dan kemarahan, pemberian dan penahanan, 
keredhaan dan kemurkaan harus dilakukan kerana Allah dan agamaNya,
 bukan kerana pertimbangan peribadi dan kepentingannya,
 tidak seperti orang-orang munafik opportunis yang dicela Allah dalam KitabNya:

 Kesembilan: Sabar Sepanjang Jalan

 Perjalanan yang panjang, 
lambatnya hasil yang diperoleh,
 kejayaan yang tertunda, 
kesulitan dalam bergaul dgn pelbagai lapisan manusia dgn perbezaan perasaan
 dan kecenderungan mereka
 tidak boleh membuatnya menjadi malas,
 bersikap leka, mengundurkan diri,

 Kesepuluh: Berasa Senang Jika Ada Yang Bergabung 

 Berasa senang jika ada seseorang yang mempunyai kemampuan,
 bergabung dalam barisan mereka yang mahu beramal, 
untuk menegakkan bendera atau ikut taat dalam amal. 
Hal ini harus disertai dgn usaha memberikan kesempatan kepadanya,
 sehingga dia dpt mengambil tempat yang sesuai dgn kedudukannya.
 Dia tidak harus rasa terganggu, terganjal,
 dengki atau pun gelisah kerana kehadirannya.
 Malahan jika orang yang mukhlis melihat ada orang lain yang lebih baik darip dirinya yang mahu memikul tanggungjawabnya,
 maka dgn senang hati dia akn mundur, memberikan 
tanggungjawabnya kepada orang itu dan dia berasa senang menyerahkan jawatan kepadanya.

 Kesebelas: Rakus Terhadap Amal Yang Bermanfaat

 Di antara bukti ikhlas adalah rakus terhadap amal yang paling diredhai Allah,
 dan bukan yang paling diredhai oleh dirinya sendiri.
 Sehingga orang yang mukhlis lebih mementingkan amal yang lebih banyak manfaatnya 
dan lebih mendalam pengaruhnya,
 tanpa disusupi hawa nafsu dan kesenangan diri sendiri.

27 November 2014

Buah Kemunting

Saya pasti..sangat pasti..
bahawa generasi sekarang tak mengenali buah kemunting ni
(termasuklah anak2 saya)

Sedikit info mengenai pokok dan buah ini..

 Merupakan tumbuhan yang biasa tumbuh sebagai semak samun di Hawaii dan Malaysia

 kemunting juga menjadi tumbuhan yang biasa menguasai kawasan lapang dan terbiar di Thailand. 

Ia merupakan tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter.

Batangnya yang muda mempunyai bulu-bulu pendek yang halus dan padat.

Daunnya tersusun secara bertentangan, berbentuk ringkas dan berbentuk bujur.

Permukaan daun berkilat dengan warna hijau gelap

 manakala bahagian bawah daunnya mempunyai bulu-bulu halur dan berwarna hijau pudar

Bunganya berwarna merah jambu, dengan lima kelopak. 

 mempunyai banyak stamen dengan 5 filamen berwarnamerah jambu

 dan saiznya berukuran (garis rentas) 2.5 cm.

Satu atau lebih bunga tersusun pada tangkai bunga.

Buahnya kecil (beri) dengan ukuran garis rentas lebih kurang 1.3 cm, 

berwarna ungu gelap dengan isi yang manis dan berbau harum.

Kemunting hidup subur dikawasan yang tanahnya mempunyai 

kelembapan yang tinggi terutamanya berhampiran dengan paya atau sungai.

 Namun ia juga boleh beradaptasi dengan pelbagai jenis tanah seperti tanah pasir dan tanah yang agak masin.

Di Malaysia dan Thailand kemunting biasa dijumpai hidup

 dikawasan tanah pasir dan juga kawasan yang berpaya.

 







buah yg belum masak berwarna hijau dan kelat rasanya
 Buah-buahan eksotik dari zaman kanak-kanak saya




Selamat Harijadi Sayang..

Tanggal 27 Nov 2009
Tak terasa sudah 8 tahun kau hadir menemani kami
Kau buah cinta kami..kau penyejuk di jiwa ini
 Kau memang kami damba, kami nanti dengan sengenap jiwa

Anakku sayang..
Kau harapan kami untuk masa depan
Kau bisa membuat lara jadi bahagia

Anakku sayang..
Kau kekuatan cinta yang tak ada tandingannya
Kala kau bahagia kami sangat bahagia
Kala kau sedih hati ini ikut bersedih bahkan lebih sedih dari yang kau rasa
 Dikala kau sakit semua tubuh ini juga terasa perit

Segenap jiwa kami berikan untukmu anakku
Sepenuh hati kami berjuang untukmu
Harapan kami padamu jadilah anak yang solehah
Anak yang berbakti pada semua

Anakku sayang
Doa kami selalu untukmu
Selalu dan selalu …
Hanya untuk kebahagianmu

Athilia Natasha

seminggu melihat dunia
 2tahun
konvo pertamamu

Selamat ulangtahun ke 8 sayang

26 November 2014

Bila Kita Diuji..

Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan

 seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaranNya adalah benar

 dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan

atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.

 Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu :

 1-saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya,

 2-orang munafiq yang sentiasa membencinya,

 3-orang kafir yang sentiasa memeranginya, 

 4- syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya 

 5-bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya.




Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya


 terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.

 Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang

 oleh agama kerana dengan mengeluh akan 

membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa 

sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya:

Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. 
(al-Insyirah:6)



 Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan 

kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik

dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.

(terimakasih tak terhingga pada semua yg sudi
memberi nasihat dan panduan ketika saya terasa 'down'
dalam entri yg kelmarin..)

25 November 2014

Sabarlah Wahai Hati

"Wahai orang-orang yang beriman!
Mohonlah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan solat.
Sungguh, ALLAH beserta orang-orang yang sabar."
[Al-Baqarah:153]


Saya berdoa..terus berdoa pada YANG ESA..
agar memberi saya kekuatan
Agar  DIA melindungi ahli keluarga saya

Jujurnya..setiap kali terpandangnya
setiap kali itulah saya teringat apa yg dibuatnya pada keluarga saya
namun tiada dendam dihati

Apa yg akan kalian buat???
bila jiran yg betul2 didepan rumah
terserempak berkali2 setiap hari
dan setiap kali terserempak itulah
dia akan memaki hamun 

TUHAN..andai tiada kesabaran yg ENGKAU berikan
dah tentu kami jugak akan melawan
namun kami berpegang apa yg Nabi pesan
jangan membalas perbuatan seseorang
sama sepertimana yg dibuatnya

setelah hampir setahun berlalu sejak PERISTIWA ITU
beberapa hari lepas suami saya bercakap tentang PINDAH
(setelah dia kena sembur oleh si jiran)

Bukan senang nak berpindah
bukan mudah nak cari rumah
dan bukan sedikit wang
yg telah dihabiskan utk rumah yg kami duduki sekarang..

TUHAN..ENGKAU bukakan hati mereka kejalan YANG ENGKAU REDHAI
BERILAH PETUNJUK DAN HIDAYAHMU PADA MEREKA


Sabarlah wahai hati.
Terus ukirkan senyuman!

24 November 2014

Cara Buat Tapai Ubi Kayu


Saya suka sesangat makan tapai ubi kayu
tp bila dok di Kedah ni
takde pula terjumpa tapai ubi kayu
ni dimana2...

So kalau nak makan
tunggu bila baik kg kat kelantan
ataupun jika ada ubi kayu
buat sendiri..makan sendiri hehe

Cara buat tapai ubi kayu

1- Ubi kayu kupas kulitnya kemudian.potong ikut saiz kegemaran 

2-Basuh hingga betul2 bersih-toskan

3-Rebus atau kukus ubi kayu hingga empuk 

4-Biarkan ubi kayu betul2 sejuk. 

Taburkan ubi kayu dengan ragi yang dihancurkan

 Gaul rata ragi dan ubi kayu 

ada sesetengah org membungkusnya dalam daun pisang
tapi saya cuma letak dalam tupperware yg bertutup rapat
2 hari baru boleh dibuka ya..
sedap jika digoreng celup tepung

Tersangkut...

Sapa yg layan game ni
ni bukan entri nak mintak 'nyawa'
tp melepaskan geram
dek lama tersangkut kat level 530 ni

23 November 2014

Segmen Mari Berkenalan


Syaratnya senang sahaja. 

 1) Sila follow blog saya. Saya akan cuba beri manfaat pada orang lain. Saya CUBA.

 2) Tinggalkan link di bahagian komen supaya saya boleh blogwalking dan follow anda.

 3) Dan akhir sekali, buat entry berkenaan segmen ini, link kan gambar di bawah ke entry ini. ^_^

Jom ramai2 support blogger baru

21 November 2014

Pengawas Sekolah

Semalam hari terakhir persekolahan utk penggal 2014
(Kedah,Kelantan,Terenganu,Johor)
Tasha pulang kerumah dgn gembiranya
katanya dia ada 2 berita gembira utk mak
1-dia kekal di kelas pertama 
2-dia terpilih sbg pengawas sekolah
Alhamdulillah...dia memang bercita2utk menjadi pengawas sekolah

  dua2 kakaknya pun turut menjadi pengawas sekolah

dan emaknya pun pernah menjadi pengawas sekolah hehe
trofi masih tersimpan elok lagi

Tugas Seorang Pengawas

-Mengawal disiplin pelajar.

-Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik
 kepada pelajar dan pengawas junior

-Menjaga imej dan nama baik sekolah. ·

-Membantu guru, 
 ·
- Memastikan keceriaan sekolah dijaga

- Mematuhi peraturan sekolah.

- Memimpin rakan-rakan pelajar

- Mencegah kes jenayah di sekolah.

 -Menghormati guru. ·

- Tidak memberat sebelah dalam tugas harian. ·

 -Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas
,
- Sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi

- Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.

- Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, 
kokurikulum, sahsiah dan disiplin.

 -Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat
kepada Lembaga Pengawas

- Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan
 teguran kepada mereka yang bersalah.
 ·
- Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.

- Patuh kepada ketepatan masa.

- Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.

19 November 2014

Resepi Kek Pelangi Kukus



 Bahan-Bahan 
1 cawan mentega
1/2 cawan gula kastor 
3 biji telur
 ¼ cawan susu pekat 
¼ cawan serikaya
1½ cawan tepung gandum
 1 sk serbuk penaik 
1 sb serbuk koko (tak guna pun) 
1 sk esen vanila 
2-3 sb susu segar (saya guna 1 sb) 
Sedikit pewarna yang disukai

 Cara cara:
 Pukul mentega dan gula hingga kembang. 
Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati. 
 Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila.
 Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian 
dan masukkan warna yg disukai

Sendukkan satu bahagian kedalam loyang
selang selikan berbagai warna
buat sehingga habis
Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.


18 November 2014

Indahnya Kain Batik Sarung


Saya dilahirkan dan dibesarkan dikampung
jadi pemakaian kain batik sarung
menjadi pakaian harian saya
sehinggalah sekarang...saya sangat2 selesa berkain batik sarung ni

Bila kali terakhir anda bersarung?
Setahun yang lepas?
 Ketika kanak-kanak?
Adakah  kain batik itu menjadi pakaian harian ??
sekadar pakaian di rumah / kampung ??
 atau dijadikan sebagai pengubat rindu sekiranya rindukan Malaysia?

SARUNG,
sehelai kain tenunan yang panjangnya lebih kurang 2 m
dan dicantumkan kedua-dua penghujungnya menjadi sarung bulatan.
 Panjang kain sarung tidak ada batasan tetapi
lazimnya menutupi bahagian perut atau pinggang hingga ke paras buku lali.
 Pemakaian kain sarung sering dikaitkan dengan penduduk Asia Tenggara
seperti Malaysia, Kepulauan Indonesia (Sumatera dan Jawa),
 Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Burma, Filipina dan Brunei.
(maksud sarung oleh DBP)



"Apa guna berkain batik, 
Kalau tidak berbaju kasa, 
Apa guna memandang cantik, 
Kalau tidak berbudi Bahasa...."


 Kain sarung bunga emas, kain sarung doa ibu, kain sarung ayam serama,
dan kain sarung Terengganu tiga lapis
merupakan antara jenama kain batik sarung tempatan yang terkenal.


 Kain batik sarung sinonim dengan orang Melayu,
khususnya kaum wanita sehingga diabadikan dalam pantun Melayu.

"Apa guna berkain batik,
 Kalau tidak dengan sujinya,
 Apa guna beristeri cantik,
Kalau tidak dengan budinya."

Tahukah anda kain sarung mempunyai nilai estetika
dan nilai kebudayaan timur yang lebih dari yang kita bayangkan.
Nilainya bukan sekadar pada kain basahan seharian, 
tetapi mempunyai nilai sentimental pada agama, 
kedudukan dan adab sopan.



Sayangnya anak2 perempuan saya pula
sorg pun takde yg pandai pakai kain batik sarung
depa dgn track suit 24 jam
Tasha pulak..kalau dapat kain batik sarung saya
akan buat mcm ni la..

semasa saya masih bersekolah dulu
sorg guru wanita yg baru blk dari New Zealand memberitahu
jirannya (mat saleh) seolah terlopong mulutnya
sambil menunjuk2 tangannya kearah kain batik sarung yg 
dipakai oleh guru saya tu...

Very nice...amazing..
(ucap jirannya itu tak putus2)

Seorang lagi cikgu saya meberi petua
supaya kain batik sarung tu kekal lama warnanya

semasa dibasuh kali pertama tu...
rendam beberapa minit dlm besen/ baldi yg dicampur air dan cuka
cuka makan ya...bkn cuka getah 

17 November 2014

Pencarian Anugerah Tropi Untuk Blogger 2014

Ini entri melekat
sila scroll utk new entri..

Sebagai menghargai persahabatan dgn tuan punya blog
saya berbesar hati menjoinkan diri
utk segmen yg beliau anjurkan


Etuza seorang guru
yg tinggal di Keningau,Sabah
Seorang suami dan jugak ayah yg begitu penyayang
serta begitu kasihkan anak2nya
(sorg anak daranya berada di Mesir..cun sangat..)

Ok...sesiapa yg nak kenal cikgu Etuza ni
jom ramai2 terjah blog beliau

ini adalah sticky post-sehingga 17 nov ni

16 November 2014

Merentas Benua

Saya tak pasti a.k.a tak ingat a.k.a dah nyanyuk kut
siapa antara saya dgn DIA ni
yg mulakan persahabatan dulu

Kalau org2 Malaysia yg bermastautin diluar negara
itu perkara biasa

Tapi dgn minah ni
sepatah haram pun saya tak faham 
jika tak ditranslate blognya

tersenarai dlm bloglistnya

lama2 saya baru perasan dia muncul
antara pengomen tegar di blog saya

sapa nak kenal minah ni jom terjah blognya





15 November 2014

Resepi Peknga

Peknga a.k a lempeng
cara dan bahan2 utk membuatnya pun tersangat simple
tepung gandum,isi kelapa (diparut) garam,sebiji telur
boleh jugak ditambah pisang

sapu sedikit minyak/ mentega pada kuali
tuang sesenduk adunan kedalamnya dan ratakan
bila bahagian atasnya nampak hampir kekuningan..terbalikkan

memasak sardin ni pasti semuanya tahu,kan


selain sedap dicicah dgn sardin
peknga jugak seda dicicah dgn kuah kari ikan/ ayam

14 November 2014

Ulam - ulaman

Jom makan nasi bersama ulam2an 
saya sukakan ulam2an sejak kecil lagi
berbanding anak2 saya
yg makan sayur/ ulam2an
bila dah besar..bila selalu tgk si emaknya makan
bendi ni sangat sedap dicicah sambal baba nyonya





 kacang kelisa,pegaga dan timun sedap dicicah sambal belacan


pertama kali tabur..
perttama kali melihatnya tumbuh..
endek kata,pertama kali tanam si ulam raja ni
baru berusia 3 minggu

khasiat ulam2an..saya pasti semua pembaca tahu dan arif mengenainya



13 November 2014

Rahsia Perangai Anak2..



RAHSIA PERANGAI ANAK 

 Anak Sulung 
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru.
anggup berkorban demi demi adik-adik.

 Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah : 

-anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego. 
-sering berjaya dalam hidup. 
-lebih pandai mengambil hati orang tua. 
- mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi. 

 Anak Tengah 

Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. 
Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. 
Seringkali mereka juga teras terpinggir.
 Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka 
dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. 
Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan.
 Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan 
yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain. 

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

 - lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain. 
- lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
- suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri. 
-sering merasakan diri mereka terpinggir.
-terlalu mengalah 

 Anak Bongsu 

Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai 
untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu.
 Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja 
dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. 
Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah : 

-happy go-lucky dan yakin diri.
- manja. 
- berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
- sukar membuat keputusan sendiri. 

 Anak Tunggal 

Dalam banyak kategori,
 ramai ingin menjadi anak tunggal. 
ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal
 memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. 
Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. 
Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, 
tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. 
Mereka saling memerlukan antara satu sama lain,
saling menyokong dan menggalakkan.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

- sering merasakan diri mereka kesunyian. 
- lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai. 
- lebih bijak bergaul. 
-lebih cepat matang. 
- terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
- sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.

12 November 2014

WW : Karipap Inti Keledek





11 November 2014

Menara


Menurut Kamus Dewan, 
menara bermaksud bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi 
utk sesuatu kegunaan tertentu, 
bahagian bangunan (spt masjid, gereja, dll) yg dibina jauh lebih tinggi drpd bahagian induknya.

Menara jam Kulim

Alor Setar

KOMTAR Penang

Masjid terapung Tanjung Bungah,Penang
Yang ni tak pasti namanya
jugak kat Penang

Menara Teluk Intan

Menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia 
sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101.

(sebenarnya saya bagaikan mati kutu
utk berblog
sebab DSLR dibawa anak perempuan ke MSU)

09 November 2014

Manggis Si Ratu Buah

Biasanya bila makan manggis
kulitnya kita akan buang mcm tu ja,kan...
Tapi tahukah kita selain isinya yg putih melepak tu sedap
kulit manggis jugak mengandungi berbagai khasiat

Khasiat dan kegunaan 
Buah manggis kaya dengan Xanthones yang merupakan sejenis antikoksida. 
Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan.
 Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit
 Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal 
dan mengandungi cecair amat pengering (astringent), yang mana, pada musim hujan, 
menghasilkan cecair melekit kekuningan, 
yang merupakan sejenis (gamboge). 

Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.

Khasiat Kulit Manggis 

1. Memberi tenaga 
2. Mencegah Keradangan
3. Mencegah sakit urat saraf 
4. Mencegah Ulcer
 5. Mencegah kemurungan 
6. Mencegah kegelisahan/panik/cemas)
 7. Mencegah kanser 
8. Tingkat system pertahanan badan 
9. Awet Muda 
10. Membuang toksid dalam badan 
11. Membunuh kuman 
12. Mencegah kulat 
13. Mencantikan kulit 
14. Membuang kolesterol dalam badan 
15. Untuk kesihatan jantung 
16. Mengurang tekanan darah tinggi 
17. Kurangkan gula dalam darah 
18. Kuruskan badan 
19. Cegah batu karang 
20. Mengimbangi seluruh badan.

Caranya Menggunakan kulit manggis 
1. Ambil buah manggis 
2. Kupas 
3. Isi dia enak di makan 
4. Kalau sebelum ni kulit kita buang je tapi cuba ambil kulit dia, 
hiris macam asam keping dan jemur sampai kering 
5. Bila nak guna, ambil air panas, 2 3 hirisan kulit manggis direndam. 
Sedia di minum apabila menjadi suam.
6. Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.